Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ketua Pemuda PAS Sik cuma terlajak cakap, kata Sanusi

today12 November 2022

Background



Ketua Pemuda PAS Sik, Shahiful Nasir mengundang kritikan ramai selepas berkata mereka yang mengundi pesaing PN akan masuk neraka.

JERLUN: Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor menolak desakan supaya ketua Pemuda PAS dipecat selepas ucapan dalam kempennya yang mengatakan sesiapa mengundi selain Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum Sabtu depan akan masuk neraka.

Sanusi berkata adalah perkara biasa bagi orang ramai untuk melakukan kesilapan.

“Bukan sampai bunuh orang. Dia terlajak cakap. Perkara itu sudah ditarik balik,” kata Sanusi merujuk kepada Ketua Pemuda PAS Sik, Shahiful Nasir.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri ceramah Perikatan Nasional di sini.

Sanusi kemudian memohon maaf bagi pihak PAS Sik.

Shahiful menarik perhatian selepas berkata pengundi yang menyokong Barisan Nasional atau Perikatan Nasional dalam pilihan raya akan datang akan masuk neraka.

Beliau bagaimanapun sudah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dineskumar Ragu


Previous post