Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ketua Pemuda Pejuang letak jawatan

today11 December 2022

Background



Abu Hafiz Salleh Hudin meletakkan jawatan sebagai ketua Pemuda Pejuang, hari ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Pejuang Abu Hafiz Salleh Hudin mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa, hari ini.

Abu Hafiz dalam kenyataan berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai timbangan termasuk rasa tanggungjawab terhadap prestasi parti itu pada PRU15.

“Semoga kepimpinan baru mampu mengemudi sayap pemuda Pejuang dengan lebih baik dan cemerlang,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan utama Pejuang khususnya Dr Mahathir Mohamad kerana memberi kepercayaan kepadanya menggalas amanah berkenaan selama ini.

PRU15 menyaksikan Pejuang tewas di kesemua 121 kerusi ditandingi termasuk pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad, yang hilang deposit di Langkawi.

Selain Mahathir, presiden Pejuang yang juga anaknya, Mukhriz, dan timbalan presidennya, Marzuki Yahya, masing-masing hilang deposit di Jerlun dan Sungai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post