
Ketua pengarah dan seorang pegawai kanan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang terlibat dalam siasatan penyelewengan dana berjumlah RM900,000, akan didakwa di mahkamah minggu depan.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki ketika berucap pada Malam Anugerah Media SPRM di sini, berkata pendakwaan terhadap kedua-dua individu itu dijangka dilakukan pada Rabu atau Khamis depan.
Pada 11 Feb, SPRM menahan dua pegawai kanan sebuah jabatan agensi kerajaan termasuk seorang Ketua Pengarah, kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM900,000 untuk kepentingan peribadi.
Dalam pada itu, Azam turut memaklumkan SPRM berjaya memulihkan lebih 70 peratus aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB), iaitu RM30 bilion daripada keseluruhan RM42 bilion.
Beliau berkata kadar pemulihan itu merupakan antara yang tertinggi di dunia berbanding…