Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ketua polis Johor nafi bersara

today9 November 2024

Background


M Kumar
Ketua Polis Johor M Kumar mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih serta tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kekeliruan. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor M Kumar menafikan akan bersara seperti yang ditularkan menerusi video di media sosial.

Beliau berkata penyebaran berita palsu itu sesuatu yang serius dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak yang terlibat dalam menyebarkan maklumat tidak benar mengikut penguatkuasaan undang-undang.

Kumar berkata video tular di TikTok berkaitan persaraannya adalah tidak benar serta tidak berasas, kerana beliau masih menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti biasa dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri itu terjaga.

“Polis Johor mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih serta tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kekeliruan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata sebarang maklumat rasmi berkaitan perubahan dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post