
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat Malaysia bahawa semangat saling menghormati dan menerima perbezaan harus menjadi tunjang perpaduan.
Perdana menteri berkata, keunikan budaya dan amalan berbeza harus menjadi kekuatan, bukan pemisah atau elemen memecahbelahkan.
Menurutnya, ciri-ciri itu menjadikan Malaysia kaya dengan warisan, nilai murni dan dihormati, bukan hanya di rantau ini, tetapi seantero dunia.
“Rakyat Malaysia merupakan rakyat bertuah kerana dikurniakan kepelbagaian yang boleh dijadikan ruang untuk saling mengenali dan berkasih sayang, bukan menyebar serta memicu kebencian.
“Negara tidak akan aman dan maju sekiranya titik perbezaan diperbesar dan prinsip kerukunan dikesampingkan,” katanya dalam perutusan sempena perayaan Thaipusam…