Hot FM

Keupayaan Najib bayar denda RM50 juta di luar kawalannya, kata peguam


najib razak
Bekas perdana menteri Najib Razak akan menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, selepas mendapat pengampunan bersyarat Jumaat lalu dan membayar denda RM50 juta. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Kemampuan Najib Razak membayar denda RM50 juta sebagai syarat tahanan rumah sebahagiannya di luar kawalan bekas perdana menteri itu kerana kebanyakan asetnya masih tertakluk kepada perintah pembekuan dan prosiding penguatkuasaan, kata peguamnya.

Di bawah pengampunan bersyarat yang diberikan kepada Najib Jumaat lalu, bekas presiden Umno itu akan menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda itu.

Firma guaman Shafee & Co dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi pihaknya berkata, Najib sedang menimbangkan pilihan terbaik untuk memenuhi syarat itu.

Najib masih di Penjara Kajang sementara syarat itu sedang diuruskan dan pasukan guamannya sedang meneliti syarat serta implikasi praktikalnya.

“Sebahagian besar…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version