
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata keutamaannya tahun depan adalah menggiatkan semula ekonomi selepas keadaan politik stabil di negara ini.
“Keutamaan kita pada 2024 tentunya, ekonomi, ekonomi, ekonomi,” katanya pada sesi libat urus bersama media.
Anwar berkata, Putrajaya akan memberi penekanan kepada beberapa perubahan dan reform, bukan sahaja terhadap peralihan tenaga dan transformasi digital, malah usaha pemerkasaan bahasa Melayu dan memperkasa bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan.
BERITA LANJUT MENYUSUL