Hot FM

Kg Sungai Baru kampung angkat menteri agama


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar (dua, kanan) menyampaikan bantuan kepada Badrol Hisham Mohd Noor (dua, kiri) pada program Ziarah Madani Kampung Baru hari ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, menjadi Kampung Angkat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar selaras dengan hasrat kerajaan Madani memartabatkan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Mohd Na’im berkata, beliau akan memastikan Kampung Sungai Baru, khususnya Kampung Baru, supaya mendapat lebih tumpuan untuk menangani isu kemiskinan, keciciran pendidikan, kesihatan, pengangguran, keselamatan, penyalahgunaan dadah, prasarana dan sebagainya.

“Sebagai anak Kampung Baru, saya rasa amat bertanggungjawab untuk berusaha membantu keperluan warga Kampung Sungai Baru dalam pelbagai aspek, khususya bidang pendidikan dan penghayatan Islam kerana ia berkait rapat dengan bidang tugas saya selaku menteri agama.

“Saya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version