Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Khadijah Alkubraa… Sedapnya Nama Anak Ketiga Saharul Ridzwan!

today29 January 2023

Background

Pelakon Saharul Ridzwan menimang anak ketiga pada Sabtu lalu.

Berita gembira itu telah dikongsi sendiri oleh Saharul di laman Instagramnya yang memaparkan dia sedang mendukung puteri ketiganya dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati.

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Hebat Allah, segala puji bagi Allah. Semuanya Allah SWT,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saharul Ridzwan (@saharulridzwan)

“Membesarlah bersama cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW, seperti hebatnya cinta Saidatina Khadijah Al-Kubra R.A. Amin Ya Allah,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saharul Ridzwan (@saharulridzwan)

Bukan itu sahaja, Saharul turut memberitahu nama anak ketiga menerusi perkongsiannya baru-baru ini.

Nama yang cukup cantik dan indah iaitu Khadijah Alkubraa telah mendapat pelbagai pujian dan reaksi positif dari pengikutnya.

“Bismillahirrohmanirrohim, Doa buat seorang lagi puteriku, Khadijah Alkubraa. ‘Ya Allah, isilah hati anak-anak kami dengan cahaya dan hikmah, dan jadikan mereka hamba-hambaMu yang layak untuk menerima nikmatMu, dan perbaikilah diri mereka dan perbaiki pula umat ini melalui mereka’. Semoga Allah lindungi anak2 saya dan tuan puan, dunia akhirat. Amin Ya Allah. Salam Jumaat semua,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saharul Ridzwan (@saharulridzwan)

Sekadar info, Saharul dan isteri, Deena Amir mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, Fateema Azzahra dan Khadijah Alkubraa.

Written by: Aqilah


Previous post