Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Khai Bahar Kagum Dengan Nyanyian & Semangat Nabila Razali

today18 January 2023

Background

Penyanyi Khai Bahar memuji usaha dan semangat yang ditunjukkan rakan duetnya menerusi lagu Selagi Kau Ada, Nabila Razali apabila penyanyi itu tidak mudah berputus asa dan sentiasa bersemangat untuk menjadi lebih baik.

Menurut Khai, terlalu banyak peningkatan yang ditunjukkan Nabila sepanjang perjalanan kariernya berkat sikap tidak mudah mengaku kalah dengan kritikan yang diterima.

Malah, sebagai sahabat kepada pelantun lagu Peluang Kedua itu, Khai juga terkejut melihat kemampuan Nabila dari dahulu sehinggalah sekarang.

“Saya terkejut bila nampak kemajuan daripada dia sejak dulu sehinggalah sekarang. Sudah banyak peningkatan dalam nyanyiannya.

“Malah, sikap tidak mudah berputus asa dan kuat semangat, menjadikan Nabila apa yang ada sekarang.

” Sebagai seorang sahabat, saya akui kagum dengan semangat yang ditunjukkan, dia seorang yang kuat walaupun orang kataΒ  macam-macam,” katanya.

Khai berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single duet bersama Nabila Razali berjudul Selagi Ku Ada yang diadakan di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 29, berkata, teguran daripada rakan artis dan peminat di luar sana sedikit sebanyak membantu dalam proses kemajuan seseorang artis.

Namun, itu tidak bermaksud teguran itu perlulah berbentuk kecaman atau sindiran.

“Bagi saya, teguran dari semua pihak tidak kiralah rakan artis ataupun peminat di luar sana memang sangat membantu. Namun, kita harus faham, teguran itu bukanlah berbentuk sindiran atau kecaman sehingga boleh menjatuhkan ‘air muka’ seseorang,” jelasnya.

Terdahulu, Khai turut berkongsi mengenai perkembangan terkininya sepanjang tahun 2023 antaranya, beliau bakal muncul dengan single bersama penyanyi Adira Suhaimi termasuklah single nyanyian solo eliau dan pada penghujung tahun ini, Khai bakal tampil dengan konsert yang bakal diadakan di Dewan Filharmonik, Kuala Lumpur.

Written by: Salma


Previous post