Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Khai Bahar Pernah Tak Tidur Selama 2 Hari Gara-Gara…

today27 August 2024

Background

“Saya alami insomnia daripada 2018, tapi makin teruk,” demikian respons penyanyi dan pelakon, Khai Bahar selepas mengakui mengalami masalah tidur.

Ketika ditemui XTRA, pelantun lagu popular Luluh ini memaklumkan gangguan tidur tersebut memberi kesan kepada mentalnya.

Meskipun begitu, Khai berkata dia tidak mahu terlalu bergantung kepada ubat-ubatan seperti ubat tidur kerana bimbang akan memberi risiko di kemudian hari.

“Saya pernah sampai dua hari tak tidur sebab habis penggambaran pukul 12 pagi lepas itu 7 pagi ada kerja lain.

“Tak silap saya alami insomnia daripada 2018, tapi makin lama makin teruk dan kalau terlebih fikir boleh beri tekanan kepada saya.

“Paling minimun tidur tiga jam, bagi saya kalau dapat tidur untuk lima jam sahaja pun dah cakap,” katanya.

Khai Bahar

Khai berkata demikian ketika ditemui di pelancaran memperkenalkan dua makanan mee segera Nongshim di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Meskipun begitu, Khai yang komited dengan kerjayanya tidak kisah untuk bersengkang mata sekiranya membabitkan urusan pekerjaan.

“Tapi saya layankan saja… Kalau dapat tidur memang akan tidur sepuas-puasnya.

“Kerja tetap kerja, jadi kalau fasal mata sembab ke apa belakang cerita.

“Selagi saya mampu dan masih ada kudrat untuk bekerja saya teruskan sahaja,” katanya lagi.

Khai Bahar

Dalam pada itu, Khai turut menjelaskan dia akan melakukan rawatan pemeriksaan kesihatan secara menyuluruh sebanyak dua kali setahun.

“Dua tahun sekali saya akan buat pemeriksaan kesihatan, jadi kalau ada kesan apa-apa masalah senanglah untuk dicegah atau mendapatkan rawatan awal.

“Setakat ini Alhamdulillah tiada sakit dan masih sihat,” katanya.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Kongsi Foto Naik Basikal Dengan Sharifah Rose, Khai Bahar Didakwa Tak Jaga Ikhtilat – “Orang Yang Nak Fikir Negatif, Biarkan Saja”

Written by: Salma


Previous post