Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Khairol Anuar pengerusi baharu Sirim

today23 May 2023

Background


Pelantikan usahawan teknologi itu menggantikan Ahmad Tajuddin Ali, berkuat kuasa 20 Mei, bagi tempoh 2 tahun.

Pengerusi baharu Sirim, Khairol Anuar Mohamad Tawi juga seorang jurutera profesional bertauliah dan kini memegang jawatan ahli Lembaga Penasihat Digital Perak Corporation Bhd.

KUALA LUMPUR: Sirim Bhd melantik Khairol Anuar Mohamad Tawi sebagai pengerusinya yang baharu bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 20 Mei.

Dalam kenyataan hari ini, Sirim berkata, pelantikan ini dibuat bagi menggantikan Ahmad Tajuddin Ali yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.

Khairol, seorang usahawan teknologi memulakan kerjayanya di Jabatan Telekom Malaysia pada 1983 setelah tamat pengajian tinggi.

Beliau kemudiannya menubuhkan KAT Technologies Sdn Bhd pada 1994 dan menjadi pengerusi eksekutifnya selepas 14 tahun berkhidmat dalam pelbagai jawatan di Kumpulan Sapura.

Khairol juga seorang jurutera profesional bertauliah dengan Lembaga Jurutera Malaysia dan kini turut memegang jawatan ahli Lembaga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post