Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Khairul Aming 5 Hari Terlantar, Cirit-Birit Sebab Jangkitan E.Coli Sewaktu Bantuan Banjir

today12 December 2024

Background


Menerusi Instagram Story @khairulaming, beliau rupa-rupanya terkena jangkitan E. coli ketika membuat bantuan kepada mangsa banjir.

Disebabkan itu, Khairul Aming telah mengalami cirit-birit yang teruk selama lima hari berturut-turut sehingga badannya menjadi lemah dan dehidrasi.

Pun begitu, beliau memaklumkan kini berada dalam keadaan sihat dan sudah mula sambung bekerja seperti biasa.

Sebelum ini, Khairul Aming bersama pasukan misi Bantuan Orang Baik (BOB) bertungkus lumus lebih kurang seminggu untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.

Untuk info, jangkitan E. coli boleh berlaku dari air atau makanan yang tercemar terutamanya sayur-sayuran mentah dan daging lembu kisar yang tidak dimasak sepenuhnya.

Orang dewasa yang sihat biasanya pulih daripada jangkitan E. coli dalam seminggu, tetapi kanak-kanak kecil dan orang dewasa atau lebih tua, orang yang mempunyai sistem imun lemah dan wanita hamil mempunyai risiko yang lebih besar untuk mengalami kegagalan buah pinggang yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post