Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Khairul Aming Tampil Beri Respons Apabila Tak Henti ‘Dilamar’ Wanita Mahu Jadi Pasangan

today2 November 2024

Background

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming tidak menafikan dia sering menerima banyak ‘lamaran’ daripada kalangan wanita yang mahu menjadi permaisuri hatinya.

Menerusi sebuah video tular, Khairul atau nama lengkapnya, Khairul Amin Kamarulzaman mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi meluahkan isi hati kepadanya.

Namun begitu, pemenang Creator Of The Year TikTok Awards 2023 ini mempersoalkan sama ada wanita-wanita yang menghantar mesej tersebut sudah bersedia untuk menjadi tumpuan orang ramai di media sosial sekiranya menjadi isterinya..

“Saya dapat banyak sangat lamaran (untuk berkahwin). Kadang-kadang bila buka ‘inbox’, ‘Salam Khairul sudi ke untuk berkenalan? Saya sedia nak jadi peneman hidup’.

“Terima kasih sangat atas mesej itu dan saya sangat hargainya tapi itulah bila saya buka ‘profile’ mereka, tuan badan itu pula ‘private’.

“Jadi saya ada satu soalan, ‘Adakah anda bersedia untuk menjadi perhatian dan dikenali orang ramai?’

“Katalah korang kahwin dengan saya, adakah korang bersedia? Sebab seluruh orang di media sosial akan ‘judge’. Sedangkan saya yang buat ‘live’ ini pun akan ada yang ‘judge’ fasal muka dan sebagainya.

“Jadi, saya tak rasa kebanyakkan orang akan bersedia dengan soalan pertama saya itu. Dunia ini kasar sebenarnya, sebab itu akan ada yang ‘judge’ kita atas bawah,” katanya.

Dalam masa sama, Khairul turut mendedahkan individu wanita tersebut perlu bersikap terbuka kerana berkemungkinan mereka tiada privasi selepas bergelar suami ister.

“Yang kedua adalah tiadanya privasi diri. Contohlah kalau pergi makan atau pun bercuti, tak ada privasi.

“Banyak perkara tak boleh dibuat secara tenang, nak duduk lepak tepi pantai susah, nak ‘candle light dinner’ pun kena kacau.

“Mungkin orang tak nampak perkara ini tetapi itu adalah realitinya. Tapi kalau anda selesa dengan dua perkara itu, ‘I wish you all the best’,” katanya.

Written by: Aqilah


Previous post