Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Khairy hijrah ke Umno Sungai Buloh

today25 December 2022

Background



Khairy Jamaluddin berkata, sebagai calon bidan terjun berprofil tinggi di Parlimen Sungai Buloh, beliau tidak akan terus menghilangkan diri selepas tewas pada PRU15.

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin secara rasmi berhijrah ke Umno Sungai Buloh.

Beliau berkata, penghijrahan itu untuk menjadikan Parlimen Sungai Buloh kubu kuat Barisan Nasional dan memenanginya pada pilihan raya akan datang.

“Saya datang bukan hanya nak bertanding, kalah terus hilangkan diri. Tidak.

“Saya kekal di sini sehinggalah kita menang Parlimen Sungai Buloh,” kata Khairy di TikTok BN Sungai Buloh, pada satu majlis Ahad lepas.

Khairy yang mewakili rakyat Rembau selama tiga penggal sejak 2008 bertanding di Sungai Buloh pada PRU15, tetapi tewas kepada calon Pakatan Harapan yang menang dengan majoriti 2,693 undi. Bekas menteri kesihatan itu meraih 48,250 undi dalam pertarungan tujuh penjuru.

Beliau berkata keputusan untuk berhijrah itu dibuat selepas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahrul Shahabudin


Previous post