
KUALA LUMPUR: Dewan Kuala Lumpur (DBKL) dan menteri wilayah persekutuan digesa agar memberikan sokongan, termasuk suntikan dana, kepada Kuala Lumpur City (KL City) FC agar ia dapat kekal beraksi dalam Liga Super.
Bekas presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Khalid Samad yang membuat gesaan itu turut mencadangkan kepada pihak pengurusan pasukan bola sepak tersebut agar melepaskan tugas itu jika tidak mampu melaksanakannya dengan baik.
“Jangan kerana kekurangan sokongan dan kewangan, KL City (terpaksa turun) ke Liga Perdana,” katanya pada sidang media di Bangunan Dewan Serbaguna Kampong Bharu.
“Kita perlu terus kekalkan pasukan ini dalam Liga Super dan beri peluang kepada pemain serta jurulatih untuk berkembang dan tunjuk potensi mereka.”
Menurutnya, kemungkinan KL City bersaing dalam liga bawahan, bukan…