Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Khas Buat Pelajar Lepasan SPM Dari Golongan B40, OKU… PU Riz Nak Bagi RM700!

today18 June 2022

Background

Sebelum ini, pendakwah selebriti, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz ada menawarkan imbuhan bernilai RM300 buat pelajar yang mendapat keputusan 5A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu.

Namun, kali ini beliau menggandakan lagi imbuhan tersebut menjadi RM700 buat pelajar yang mendapat keputusan 7A dalam SPM baru-baru ini.

Perkara itu dikongsi oleh Haris menerusi hantaran video di Instagram miliknya.

Sejak keputusan diumumkan, Haris banyak menerima pesanan langsung (DM) daripada pelajar-pelajar yang berkongsi mengenai kesusahan dan kepayahan mereka untuk mendapatkan keputusan cemerlang.

Oleh itu, imbuhan yang diberikan ini adalah salah satu bentuk inisiatif  dan galakkan kepada pelajar tersebut kerana berjaya mengharungi cabaran untuk mendapatkan keputusan yang baik.

Bagaimanapun, kriteria yang diutamakan adalah mereka yang berada dalam kalangan B40 dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini… bukan nilai jadi ukuran tapi, apa yang saya cuba sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan memperolehi kebaikan dan ganjaran,” kata suami Neelofa ini.

Usaha ini juga adalah inisiatif Haris untuk menghargai pelajar yang mengambil peperiksaan tatkala pandemik.

“Inisiatif ini diberikan kerana mereka juga sudah berusaha dan belajar bersungguh-sungguh terutamanya ketika negara pada waktu itu berdepan dengan pandemik dan ia sangat mencabar bukan sahaja kepada ibu bapa tetapi juga pelajar-pelajar kita,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

 

Written by: Salma