
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan ibu bapa yang bercadang mengkhatankan anak pada musim cuti sekolah ini supaya melakukan prosedur tersebut di fasiliti yang berdaftar dengan KKM.
Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan berkata mereka juga perlu memastikan proses berkhatan dikendalikan pengendali dan pengamal perubatan berdaftar dengan KKM serta terlatih dalam menjalankan prosedur itu.
“Sekiranya ibu bapa ingin mengkhatankan anak di program anjuran yang dijalankan di luar fasiliti kesihatan, KKM menyarankan anak tersebut berumur tujuh tahun dan ke atas memandangkan mereka lebih matang dan bersedia secara mental, selain mempunyai keadaan fizikal atau anatomi zakar yang normal serta sesuai setelah menjalani pemeriksaan dan disahkan doktor sebelum berkhatan,” katanya.
Bagi kanak-kanak yang tidak memenuhi kriteria di…