Hot FM

Khemah besar PH perlu berasaskan prinsip, kata ketua Wanita


generic penyokong pakatan harapan PH
Baru-baru ini, pemimpin Amanah Faiz Fadzil berkata PH perlu memperluaskan konsep ‘khemah besar’ dengan mencari rakan politik baharu sekiranya Umno memilih memperkukuh kerjasama dengan PN.
PETALING JAYA:

Sebarang usaha Pakatan Harapan (PH) memperluaskan konsep ‘khemah besar’ menjelang PRU16 perlu berasaskan prinsip dan keserasian agenda, bukan semata-mata percaturan kuasa, kata Ketua Wanitanya Aiman Athirah Sabu.

Aiman Athirah Sabu.

Beliau berkata PH sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berkongsi prinsip asas dalam usaha membina negara lebih baik, bersih, beramanah dan adil.

Menurutnya, sebarang kerjasama juga perlu mengambil kira kepentingan rakyat serta komitmen memperkukuh demokrasi, ekonomi, kebajikan dan tadbir urus negara.

“Bagi saya, politik bukan hanya soal siapa bersama siapa, tetapi lebih penting ialah apa nilai yang diperjuangkan bersama dan apakah manfaatnya kepada negara dan rakyat,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version