
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Ketereh, Khlir Md Nor yang digantung Bersatu menafikan beliau akan menyertai Umno selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Umno Ke-80 di Ketereh, semalam.
Jelasnya, beliau tidak berhasrat menyertai Umno, sebaliknya kehadirannya ke program Umno itu bagi memenuhi jemputan ketua bahagian, Md Alwi Che Ahmad, selain atas dasar penyatuan ummah.
“Saya dijemput ketua bahagian sebagai Ahli Parlimen, saya kekal ahli Bersatu yang digantung,” katanya kepada FMT.
“Kehadiran saya semalam langsung tak bercakap soal politik atau masa depan politik saya. Dakwaan mengatakan 10 Ahli Parlimen pembangkang bakal masuk Umno itu tiada kaitan dengan saya, saya kekal wakil rakyat pembangkang.”
Menurutnya, beliau sudah menjelaskan kepada…