Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Kiah Propa Bernikah Semula Dengan Bekas Suami Selepas 8 Tahun Berpisah

today18 November 2024

Background

Pelakon, usahawan dan bekas pengacara, Kiah Propa akhirnya selamat melangsungkan perkahwinan bersama bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.

Selepas lapan tahun selesa membawa ‘title’ solo , Kiah Propa atau nama penuhnya, Siti Rokhaida Abdul Khalil selamat diijab kabulkan sebentar tadi menerusi perkongsian di TikTok.

Dengan hanya sekali lafaz, Kiah dan Nazri sah menjadi pasangan suami isteri dengan menerima  mas kahwin sebanyak RM300.

Majlis yang disambut sederhana namun cukup meriah itu turut dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pihak.

@kiahpropaviral SEDAP BERSILA KOME? ‼️TAK SALAH KAN CUMA TAK CANTIKKK SAJO KAKI TU‼️?? SKG FOKUS JADI BINI KOME‼️INGAT ISTIQOMAH MENJADI ISTERI MENJAGA SUAMI SAKIT KANSER ITU ADALAH FOKUSSS CIK KIAH SEKARNAG ✅‼️#kiahpropa #fyp #viral #kiahkawenlagi ♬ original sound – kedaikiahpropa

 

Sebelum ini, Kiah Propa menerusi hantaran di platform sama mengaku, dia menerima kembali suaminya itu dek kerana mahu menjaganya memandangkan Nazri kini sedang menderita sakit kanser.

“Lapan tahun duda aku ajak nikah balik sebab dia tak putus asa.

“Masa tu dia sihat, aku tak nak sebab dah selesa hidup seorang diri. Tapi jodoh aku dengan dia ni panjang pula.

“Kalini dia sakit aku terima dia. Sebab Insya-Allah aku nak jaga dia dan bataskan aurat. Permintaan dia sebelum menutup mata,” katanya.

@kiahpropaviral 8 TAHUN DUDA AJAK AKU NIKAH BALIK DIA TAK PUTUS ASA….MASA TU DIA SIHAT ALU TAK NAK MALAH AKU DAH SELESA HIDUP SORANG TP JODOH AKU NGAN DIA NI PANJANG PULEKKK ….KALI NI DIA SAKIT AKU TERIMA DIA INSY SEBAB AKU NAK JAGA DIA DAN BATASKAN AURAT…NAHH JADI PENGANTIN KAU DUDA… PERMINTAAN DIA SEBELUM TUTUP MATA KATANYA….DOAKAN KAMI…..#kiahpropa #fyp #viral ♬ original sound – kedaikiahpropa

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memuji tindakan yang diambil Kiah Propa sekaligus menitipkan doa agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan.

Written by: Salma


Previous post