

Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee dan Ketua Wanita, Mas Ermieyati Samsudin menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin bagi menjawab beberapa tuduhan.
Kiandee yang juga ketua Whip Bersatu berkata, beliau menerima surat berkenaan 28 Feb lalu dan tempohnya berakhir hari ini.
“Sama ada saya jawab atau tidak, saya pasti tindakan akan tetap diambil dan saya percaya ia bertujuan menyingkirkan kami daripada menyokong Datuk Seri Hamzah Zainudin,” katanya menurut Sinar Harian pada Majlis Moreh Perdana dan Pelancaran Gempur Rasuah Negeri Sembilan di Port Dickson malam tadi.
Jelasnya, antara sebab beliau menerima surat tunjuk sebab kerana menghantar surat kepada Ketua Whip Perikatan Nasional, Takiyuddin Hassan bagi memaklumkan sokongan 13 Ahli Parlimen Bersatu kepada…