Site icon Hot FM

Kilang kayu terbakar di Bukit Selambau


Bomba menerima panggilan tentang kebakaran sebuah kilang kayu di Bukit Selambau pada 7.57 malam tadi.

PETALING JAYA: Sebuah kilang kayu di Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah dilaporkan terbakar, kata bomba.

Bomba dalam kenyataan berkata pasukannya digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kebakaran pada 7.57 malam tadi.

“Pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya, BBP Sungai Petani, BBP Yan, dan BBP Kulim Hi-Tech digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan,” katanya.

Menurut Ketua BBP Aman Jaya, Azhari Abdullah, kebakaran melibatkan sebuah kilang kayu.

“Terdapat juga berlaku letupan berbentuk bunga api di kawasan itu.

“Operasi pemadaman sedang giat dijalankan oleh pasukan bomba yang juga dibantu oleh pasukan bomba sukarela berhampiran,” katanya dalan kenyataan sama.

Menurut Azhari setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Wan Mohd Hamizi bin Wan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version