Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kim Jong Un telah mengeluarkan arahan kepada rakyat Korea Utara untuk mengurangkan makan selama tiga tahun akan datang. Perkara ini terjadi akibat penutupan sempadan di antara Korea Utara dan China sejak tahun lalu akibat wabak COVID-19 dan telah memberi kesan kepada bekalan makanan yang berkurangan, menurut Mirror.
Untuk pengetahuan anda, arahan ini hadir di tengah-tengah situasi di mana rakyat Korea Utara sedang berperang dengan kebuluran dan memerlukan masa yang panjang kerana bekalan makanan negara semakin berkurang. Arahan ini akan dikuatkuasakan sehingga 2025 dengan China dijangka tidak akan membuka sempadan dalam masa terdekat.
Salah seorang rakyat Korea Utara yang bimbang dengan situasi semasa memberitahu Radio Free Asia bahawa dia khuatir tidak ramai rakyat Korea Utara yang mampu bertahan. “Dua minggu lalu, mereka memberitahu dalam mesyuarat dengan unit pemerhati kejiranan bahawa…