Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Terkejut dengan keputusan Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang mahu berundur daripada mengendalikan Johor Darul Ta’zim, ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon lantas menggesa bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu untuk pertimbangkan semula keputusannya.
“Saya harap Tunku Ismail mempertimbangkan semula keputusannya. Bagi saya, ini adalah satu kerugian amat besar kepada bola sepak Malaysia jika Tunku Ismail memutuskan untuk keluar daripada dunia bola sepak.
“Dalam masa kurang sedekad, Tunku Ismail berjaya membawa JDT ke tahap lebih tinggi selari dengan semangat cintakan bola sepaknya yang mendalam. Lantaran itu, bola sepak Malaysia sememangnya perlukan TMJ,” kata Kim Pan-gon.
Kim Pan Gon mahu Tunku Ismail terus kekal, gesa bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu untuk pertimbangkan semula keputusannya.
Baca Selanjutnya di: