Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon mengakui beliau sukar untuk memilih 23 pemain akhir yang akan beraksi di kelayakan Piala Asia 2023, bermula minggu depan.
Menurut beliau, semua pemain yang berada dalam skuad ketika ini menunjukkan komitmen tinggi dan bekerja keras meningkatkan prestasi dalam setiap sesi latihan.
“Ia sangat sukar, semua pemain bagi saya sangat penting. Setiap orang atau setiap situasi, mereka boleh bagi kita persembahan sama, ia sasaran utama saya.
“Sekarang kami hanya mahu bergerak ke depan untuk bersama dengan falsafah dan kami cuba membantu mereka bergerak ke depan.
“Saya menghargai semua pemain, mereka memberikan komitmen yang baik. Bagi saya, ia saat yang menakjubkan bekerja dengan mereka. Tapi, saya perlu putuskan skuad 23 pemain.
“Saya akan pilih pemain berdasarkan keperluan taktikal,” kata Pan-Gon.

Kesebelasan utama skuad Harimau…