Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kini Keadaan Semakin Pulih Selepas Pembedahan, ‘Yes Sir’ Single Terbaharu Zamani

today18 January 2023

Background

Semakin pulih selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang melengkung akibat penyakit skoliosis, penyanyi terkenal Zamani kembali semula mewarnai industri seni tanah air dengan lagu terbarunya berjudul Yes Sir.

Lagu ini juga turut dinyanyikan bersama penyanyi rap, Ariff Peter yang juga merupakan penulis lirik bersama Hasril, Otromen, dan juga Nass.

Selain itu, lagu ini diterbitkan oleh Cof Music yang ditujukan khusus buat filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang memperlihatkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Bukan itu sahaja, filem ini juga mendapat kerjasama penuh daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Filem ini akan menemui penonton bermula pada 2 Februari 2023 di seluruh pawagam negara termasuk Singapura dan Brunei.

 

 

 

Written by: Aqilah


Previous post