Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kini Lebih Memilih, Ini Sebab Zizi Kirana Tak Nyanyi Lagu Lama Yang….

today15 August 2022

Background

Penyanyi Zizi Kirana memberitahu dia tidak akan menyanyikan lagu-lagu miliknya yang tidak selari dengan imejnya yang sudah bertudung.

Memetik laporan Gempak, ketika Zizi masih belum menutup aurat sepenuhnya lirik sedemikian mungkin sesuai namun tidak relevan untuk dinyanyikan sekarang.

“Ada beberapa lagu lama saya yang mungkin saya tidak akan nyanyikan secara terbuka. Contohnya lagu Siapa Yang Bap Bap dan NAKKETAKNAK.

“Bagi saya, apabila saya sudah seperti ini (bertudung dan menutup aurat), lebih baik saya memilih untuk menyanyikan lagu yang lebih bersesuaian. Jadi, saya tidak akan nyanyi lagu lama yang tidak seiring dengan imej saya kini,” katanya.

Pada masa sama, pihak penganjur seperti memahami keadaan dirinya dan tidak pernah meminta dia untuk menyanyikan lagu yang tidak bersesuaian dengan imej baharu ketika acara persembahan.

“Saya rasa peminat faham dengan situasi saya ini. Penganjur juga faham dan selama sudah berubah, saya tidak lagi pernah diminta untuk nyanyi lagu-lagu lama yang tidak bersesuaian.

“Jujur, saya berasa bersyukur kerana saya tidak perlu terangkan kepada mereka… seolah-olah mereka sudah memahami,” katanya lagi.

Menurut Zizi, lagu Eh… akan dinyanyikan pada masa akan datang dimana dia sudah tahu lagu tersebut bersesuaian dengan imejnya sekarang.

“Ketika proses rakaman lagu tersebut, saya sudah tahu lagu sebegitu yang akan saya nyanyikan pada masa akan datang,” ujarnya.

Sumber: Gempak

Written by: Aqilah