Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kini Pakai Tongkat & Berkerusi Roda, Uyaina Arshad Jatuh Pentas Ketika Sesi Rehearsal

today25 August 2023

Background

Pengacara Uyaina Arshad mengejutkan ramai pihak apabila dia tampil bertongkat dan mengenakan kerusi roda menerusi hantaran di Instagram miliknya sebentar tadi.

Bagaimanapun, Uyaina atau nama penuhnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, mendedahkan punca disebalik keadaan yang menimpanya itu.

“So this is happened. Nak salahkan @jirayutdaa4official tapi eh, salah sendiri,” katanya.

Teruja record dan saksikan Jirayut menyanyi

Menerusi perkongsian tersebut, Uyaina yang sedang berada di Indonesia bagi mengacarakanΒ  program Dangdut Academy Asia untuk musim keenam (DAA6) bersama rakan pengacaranya, Jirayut Afisan itu kelihatan teruja merakam dan menyaksikan sesi rehearsal program berkenaan sebelum terjatuh dari atas pentas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

 

Dalam pada itu, video berkenaan juga turut disiarkan secara langsung ketika program tersebut bersiaran dan dikongsikan semula menerusi hantaran di Instagram Indosiar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Indosiar (@indosiar)

 

Sekadar info, Uyaina merupakan selebriti kelahiran program realiti Puteri Muslimah Asia 2018 dan siapa sangka namanya kian gah di bumi Indonesia sehingga ke hari ini.

Written by: Aqilah