Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kipas pemanas punca kebakaran Kedutaan Malaysia di Seoul

today28 January 2022

Background



Kebakaran pada 9.38 pagi berpunca daripada kipas pemanas di tingkat dua kedutaan dan kira-kira 20 orang terpaksa mengosongkan bangunan.

SEOUL: Kebakaran di Kedutaan Malaysia di Seoul pada Jumaat berjaya dipadamkan dalam tempoh 17 minit, lapor agensi berita Yonhap, memetik kenyataan pegawai tempatan.

Kebakaran pada 9.38 pagi itu berpunca daripada kipas pemanas di tingkat dua kedutaan dan kira-kira 20 orang terpaksa mengosongkan bangunan.

Sebahagian daripada dinding bangunan terbakar, tetapi tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, kata pegawai.

Pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian berkenaan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA