Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda berkongsi gelagat ayah dan ibunya ketika datang ke rumah teman wanitanya.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah si ibu dan ayahnya dilihat terpegun melihat kebolehan bakal menantu mereka itu bermain piano.
Malah, mereka berdua dilihat berdiri disamping gadis tersebut sambil tersenyum-senyum melihat gadis itu.