Sebelum ini, Fasha Sandha dan Aidil Aziz memberitahu bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada hujung bulan Mac ini .

Namun tarikh sebenar tidak didedahkan.
Semalam, Fasha memuat naik sebuah video “Kisah Kita”, yang memaparkan Fasha dan Aidil bercerita pendek mengenai bibit-bibit cerita cinta mereka.
“Terima kasih kerana mencintaiku, dan mengajarku tentang sabar, yang begitu hebatnya…”

Terbaru terdapat desas desus mengatakan mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini di Perlis , sebelum mengadakan satu lagi resepsi di Rembau, Negeri Sembilan pada 6 April.
Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan dikurniakan dua orang anak masing masing berusia 5 dan 4 tahun. Mereka bercerai pada Januari 2016.

Pelakon Nora Danish turut membuat ucapan kepada Fasha .
“Kepada Nur Fasha Sandha, selamat melangsungkan perkahwinan. Semoga kekal hingga je jannah, jadilah isteri yang baik, dan alhamdulillah, kami semua mendoakan semoga awak bahagian dunia akhirat.”