Namun tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai penyakit ini menyebabkan banyak stigma dan salah tanggapan kerap berlaku terhadap pesakit Alzheimer.
Itu antara intipati filem pendek bertajuk ‘Sedetik Cahaya’ berkisar tentang kisah realiti dihadapi individu yang mengalami demensia.
Filem pendek arahan Zulkarnain Azhar ini diilhamkan daripada kisah benar rakan baiknya yang menjaga bapanya, seorang pesakit Alzheimer.
Kebiasaannya, tidak semua anggota keluarga yang mampu dan sanggup menjaga orang tua yang mengalami demensia atau penyakit Alzheimer.
Ini kerana, individu mengalami Demensia bukan sahaja menjadi pelupa malah boleh menjadi agresif secara lisan dan bertindak kasar secara fizikal terhadap orang lain di sekeliling mereka.
Demensia atau Alzheimer, mungkin bukan penyakit yang sering diketengahkan, namun ia adalah perkara biasa yang berlaku dalam masyarakat kita.
Berdasarkan Laporan Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia, terdapat lebih…