
PETALING JAYA: Mangsa banjir di Kampung Bangi Lama menerima sumbangan kit makanan dan peralatan kebersihan bernilai RM100 daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Menterinya, Mahdzir Khalid berkata, kit itu antara bantuan segera yang disalurkan KPLB kepada mangsa banjir di luar bandar.
“Kita amat bersimpati dengan situasi yang dialami penduduk dilanda banjir besar di Lembah Klang tahun ini.
“KPLB mengambil inisiatif untuk sekurang-kurangnya meringankan sedikit beban dengan menyalurkan bantuan segera dan selanjutnya akan kita beri mengikut keperluan, selepas penilaian menyeluruh dilaksanakan pasca banjir ini nanti,” katanya selepas meninjau keadaan di kampung itu hari ini.
Sejumlah 230 keluarga di kampung itu terjejas akibat bencana kali ini, kata Mahdzir, yang dimaklumkan Ketua Kampung, Rasidin Md Yusoff.
Beliau…