
KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berkata rundingan kerjasama dengan Barisan Nasional pada PRU16 masih terbuka walaupun pemimpin Umno mahu parti itu menjadi dominan.
Beliau memberi jaminan rundingan akan diadakan secara baik bersama BN dan parti komponen gabungan itu dalam mendepani landskap politik negara.
“Hubungan kita dengan Umno dan BN masih di tahap sangat baik. Kerjasama di peringkat ini sangat memuaskan.
“Justeru, untuk masa hadapan, kita masih membuka ruang untuk berbincang secara baik,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin sempena sambutan Hari Masjid Sedunia 2024 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Jumaat lalu, Presiden Zahid Hamidi memberi amaran kepada ahli Umno mengetepikan perbezaan dalam usaha memperkuatkan parti supaya ia kembali dominan…