
PETALING JAYA: Masyarakat Melayu semakin hilang rasa malu dan inilah punca utama berlakunya rasuah sistemik di negara ini, kata bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik.
Menyebut amalan Jepun “sepukku” atau “hara kiri”, ritual membunuh diri yang diamalkan bagi mengelakkan aib, Maszlee menegaskan bahawa perasaan malu adalah penting bagi warga Jepun.
Dalam budaya Cina juga wujud konsep “menjaga air muka”, tambahnya.
“Dalam masyarakat Melayu juga, kita pernah ada perasaan malu ini, namun kini, kita semakin kehilangannya,” katanya pada forum bertajuk “Corruption and Hypocrisy in Malay-Muslim Politics” (Rasuah dan Hipokrasi dalam Politik Melayu-Islam) semalam.
“Sekarang, kita lihat orang tidak segan silu mengambil wang, mencuri atau menerima rasuah, malah malas bekerja.
“Mereka dapat rasuah untuk menyalahgunakan kuasa atau memberi…