
PETALING JAYA: Kanak-kanak Rohingya tidak patut dipersalahkan menjadi pengemis kerana kita gagal melindungi mereka, kata Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said mengulas satu tweet hari ini.
Beliau merujuk satu video yang tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan kanak-kanak Rohingya mengetuk pintu kereta secara agresif untuk meminta wang.
Video itu mendapat maklum balas negatif dan xenofobia daripada warganet kerana ramai mengecam tindakan agresif kanak-kanak itu dan identiti etnik mereka.
Azalina, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, berkata kanak-kanak itu tidak patut dipersalahkan atas kegagalan negara menghalang mereka daripada dipergunakan sebagai pengemis.
“Kanak-kanak Rohingya tidak patut dipersalahkan apabila mereka hidup di jalanan.
“Kita gagal memberikan perlindungan mencukupi kepada mereka menjadi…