‘Kita Kan Sama’ merupakan sebuah karya yang menyentuh hati dan mencerminkan semangat perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Filem ini adalah sebuah adaptasi berdasarkan kisah benar yang mengisahkan tentang perjalanan seorang anak muda, Said Saiful Fazli Said Aluwi iaitu Pengasas Choco Albab yang menemui jati diri dan nilai persahabatan tanpa batas perbezaan kaum serta budaya.
“Filem ini menyoroti pengalaman peribadi saya yang dibesarkan dalam suasana kampung yang harmoni. Sama seperti majoriti kanak-kanak lain di kampungnya, Joe (nama layar) membesar dengan gaya hidup sebagai anak Melayu dan mengamalkan cara hidup sebagai masyarakat Melayu.
“Namun, ketika Joe mengetahui asal-usulnya yang sebenar, beliau berhadapan dengan cabaran untuk menerima identiti baharu. Realiti bahawa beliau berketurunan India telah memberi satu kejutan pada diri.
“Perkara tersebut turut mempengaruhi hubungannya dengan rakan-rakan dari pelbagai kaum. Walau bagaimanapun ‘Kita…