
KUALA LUMPUR: DAP memberi komitmen akan kekal dalam kerajaan perpaduan, bersama Umno walaupun ada cadangan daripada seorang pemimpin parti itu yang mahu kerjasama itu dua parti itu dikaji semula.
Enggan mengulas lanjut desakan itu, setiausaha agungnya Loke Siew Fook berkata ia hanyalah cadangan individu bukannya datang dari pucuk pimpinan Umno.
“Hubungan kita dalam kerajaan perpaduan akan diteruskan seperti biasa. Itu cadangan sahaja,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa tertinggi pusat (CEC).
Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Isham Jalil mendesak kepimpinan tertinggi Umno membuat pertimbangan drastik khususnya kerjasama dengan DAP, selepas keputusan buruk direkodkan parti itu pada PRN Sabtu lalu.
Beliau mendakwa kerjasama dengan DAP menyebabkan akar umbi Umno yang sensitif terhadap parti itu kecewa dan marah, sehingga wujudnya kelompok enggan keluar mengundi…
