
JEMPOL: Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin mendakwa Barisan Nasional sedang bergolak kerana hanya parti terasnya, Umno bertanding pada PRN 12 Ogos.
Berucap pada ceramah, bekas perdana menteri berkata tidak pernah dalam sejarah BN gabungan itu bertanding tanpa MCA dan MIC.
“Saya tanya dekat Surash (calon PN Jeram Padang S Surash) kamu lawan dengan siapa? Lawan BN. BN ketua dia siapa? Zahid Hamidi. Bukan lawan BN pun, lawan Umno,” kata Muhyiddin.
Pada 5 Julai lalu, MCA mengumumkan tidak bertanding pada PRN enam negeri, sebaliknya fokus berdepan PRU16. Rakan komponen BN, MIC juga mengambil pendirian sama tidak lama selepas itu.
Bagaimanapun, Zahid berulang kali berkata jentera MCA dan MIC akan membantu semua calon BN yang bertanding.
Dalam pada itu, Muhyiddin mendakwa tindakan Umno bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan perpaduan hanya untuk “melindungi Zahid”, yang berdepan 47 pertuduhan…