Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kita mahu Sabah kukuh bawah pimpinan Hajiji, kata Anwar

today10 January 2023

Background



Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu Ketua Menteri Hajiji Noor diberi ruang mencari formula yang baik untuk Sabah. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi restu kepada Hajiji Noor untuk terus memimpin Sabah.

Katanya, beliau mahu keadaan di Sabah kukuh di bawah pimpinan Hajiji, yang turut akan diberi ruang untuk berbincang dengan pimpinan Sabah lain bagi mencari formula terbaik demi kebaikan negeri itu.

“Saya ucap terima kasih kepada ketua menteri Hajiji dan rakan-rakan yang bersama mendengar semua pandangan, dan TPM (Timbalan Perdana Menteri) Ahmad Zahid Hamidi kerana kita mahu keadaan Sabah itu kukuh di bawah pimpinan Hajiji.

“Saya memberi restu kepada Hajiji sebagai ketua menteri,” katanya selepas menemui pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kediaman rasmi Hajiji di Sri Gaya, dekat sini.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, satu rang undang-undang (RUU) penting yang disyorkan beliau bersama Jemaah Menteri…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Willie Jude


Previous post