
PORT DICKSON: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim berkata rakyat patut berasa kasihan pada PAS, kerana menyokong ahli politik yang pernah menuduhnya “parti ajaran sesat” atau “parti kafir”.
“Saya belum pernah dengar pemimpin Umno kata PAS itu ‘parti ajaran sesat’. Siapa yang sebut? Muhyiddin kata PAS parti ajaran sesat,” kata Anwar ketika berucap di pelancaran jentera PRN Negeri Sembilan malam tadi.
“Mahathir kata PAS ‘parti kafir’. Itu mereka sokong sekarang. Kesian… kita patut kesian pada mereka.”
Dalam pada itu, Anwar berkata pemimpin kerajaan perpaduan berpendirian untuk tidak melabel parti lawan sepertimana yang dilakukan Muhyiddin dan Mahathir terhadap PAS.
Malah, seorang penyokong kerajaan perpaduan arah meminta maaf kerana mendoakan perkara yang tidak baik terhadap Hadi Awang apabila presiden PAS itu sakit.
“Itu cara, nilai akhlak Malaysia Madani tapi…