Site icon Hot FM

KittaMove, K-Clique Trending Nombor 1!

Selepas kejayaan lagu Mimpi, kumpulan hip hop K-Clique sekali lagi mencipta fenomena dengan single terbaharu mereka berjudul KittaMove.

Kumpulan yang dianggotai seramai lapan orang ahli termasuk MK, Noki, Tuju, SoMean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas itu telah memuat naik video muzik lagu berkenaan menerusi laman Youtube pada 20 Mac 2020.

Nyata tidak sampai sebulan ia dimuat naik, impak kumpulan yang berasal dari Kota Kinabalu Sabah itu semakin meningkat susulan video muzik tersebut kini di tangga pertama di laman tersebut.

K-CLIQUE | KITTAMOVE (OFFICIAL MV)

Selepas meraih populariti ke muzik arus perdana, mereka kini disebut-sebut antara yang mempunyai potensi cerah untuk menerima pengaruh lebih besar, baik di pasaran muzik tempatan mahupun antarabangsa.

Mereka kini bernaung sebagai artis pertama di bawah label Black Hat Cat Records, iaitu syarikat rakaman yang diterajui oleh penyanyi rap Alif yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Sleeq.

Exit mobile version