Hot FM

KJ bimbang pembersihan dalam Umno gugat suara reformis



Mesyuarat MKT baru-baru ini memecat Khairy Jamaluddin atas sebab pelanggaran disiplin parti mengikut perlembagaan Umno kerana kesalahan sewaktu PRU15.

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin yang dipecat keahlian Umno baru-baru ini menyatakan kerisauan terhadap suara reformis dalam parti itu akan tergugat susulan pemecatan serta penggantungan beberapa pemimpin termasuk beliau.

Bekas ketua pemuda Umno itu mengakui masih terdapat suara reformis dalam parti namun ketakutan masih membayangi mereka kerana risau akan berdepan tindakan jika bersuara.

“Saya kurang optimis sekarang ini dengan pembersihan besar-besaran ini. Saya risau suara reformis dalam Umno sama ada telah digantung atau dibuang.

“Kalau ada pun mereka terlalu takut, jika terlalu lantang, mereka bakal senasib dengan KJ,” kata Khairy dalam satu wawancara bersama Astro Awani.

Namun, bekas Ahli Parlimen Rembau dan menteri kesihatan itu tetap meletakkan harapan kepada pemimpin dan ahli Umno di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version