
PETALING JAYA: Selepas mempertahankan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sekali lagi menjadi “sasaran” Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing.
Kali ini beliau bertanya kepada Khairy jumlah dos vaksin yang dibeli oleh kementerian itu sejak beliau mengambil alih jawatan daripada pendahulunya, Dr Adham Baba, pada Ogos.
“Berapakah kos keseluruhannya? Berapakah harga pembelian setiap vaksin?” soalnya dalam kenyataan, hari ini.
Tiong berkata, beliau tidak menggesa Khairy untuk meniru strategi sifar Covid-19 negara China dengan melaksanakan sekatan penuh kerana sebelum ini, menurut beliau, langkah sedemikian tidak praktikal di Malaysia.
Penyokong kerajaan itu berkata, beliau hanya menggesa Menteri Kesihatan supaya berkomunikasi lebih kerap dengan…