
KLUANG: Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob hari ini menyifatkan Khairy Jamaluddin memang layak untuk diangkat menjadi perdana menteri pada masa akan datang.
Bekas penyandang kerusi Parlimen Bera itu berkata, apa yang diperlukan oleh calon Parlimen Sungai Buloh itu ialah mendapatkan sokongan daripada parti dan Barisan Nasional (BN) serta menang pada pilihan raya umum pada satu masa nanti.
“Ok, memang KJ (Khairy Jamaluddin) kata itu (hasrat jadi PM dan memimpin Umno) bukan untuk sekarang (tetapi) untuk masa akan datang. Memang dia layak untuk menjadi perdana menteri akan datang, kalau menang pilihan raya, dapat sokongan daripada parti, tentu sahaja KJ salah seorang yang layak diangkat sebagai perdana menteri suatu masa nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui…