
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin mengakui bimbang beliau masih belum ada kawasan yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, kerisauan mengenai kelangsungan kerjaya politiknya melebihi kebimbangan Jemaah Menteri mengenai sama ada PRU15 akan diadakan pada tahun ini atau sebaliknya.
“Kebimbangan saya sekarang ini adalah tiada lagi kawasan untuk bertanding (pada PRU15),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Perubatan Dermatologi dan Estetik Asia di Kuala Lumpur, lapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian dalam mengulas kebimbangan yang dikatakan dibangkitkan Jemaah Menteri pada mesyuarat Rabu lalu berhubung PRU15.
Antara kebimbangan yang dibangkitkan termasuk musim banjir, selain mempertimbangkan keputusan enam…