Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

KJ Seru Zahid Hamidi Tak Terlibat Dalam Pembentukan Kerajaan Baharu – “Mesti Undur Segera”

today23 November 2022

Background

Pengumuman mengenai siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri Ke-10 diuar-uar kan hari ini sesuai perkenan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin  Al-Mustafa Billah Shah yang  berkenan melanjutkan tempoh pencalonan tersebut pada Isnin.

Bagaimanapun menerusi ciapan di Twitter milik bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dia dilihat mendesak agar perundingan pembentukan kerajaan baharu tidak boleh melibatkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ini kerana, Khiry berpendaoat bahwa Zahid sudah tidak mempyunyai keabsahan mpral selaku Presiden UMNO dan mesti berundur segera.

“Perundingan pembentukan kerajaan baharu tidak boleh melibatkan Datuk Zahid Hamidi.

“Beliau tiada lagi keabsahan moral selaku Presiden UMNO  dan mesti berundur segera. He may be President in name tetapi, dia tidak lagi mempunyai kuasa moral untuk membuat keputusan bagi pihak UMNO,”tulisnya.

Terdahulu, Khairy  juga telah mendesak Zahid untuk meletakkan jawatannya agar reformasi parti itu tidak ditangguhkan lagi.

“Apabila kalah dalam peperangan, Panglima besar mesti ada maruah untuk mengambil tanggungjawab. Lebih2 lagi bila strategi perang diatur oleh Panglima besar telah sebabkan ramai soldadu di medan tersungkur.

“Presiden mesti undur. Sekarang. Reformasi UMNO tidak boleh ditangguh lagi,” katanya.

 

Written by: Salma