Hot FM

KJ terajui firma penasihat baharu


Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin berkata Malaysia tidak kekurangan bakat, tetapi ramai individu terbaik membina kerjaya di luar negara.
PETALING JAYA:

Bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin dilantik sebagai pengerusi eksekutif Flowstate Advisors, sebuah firma penasihat bebas tempatan.

Firma yang berpangkalan di Selangor itu menawarkan khidmat nasihat dalam bidang sektor awam, strategi dan urus niaga di bawah satu bumbung.

Khairy berkata Flowstate ditubuhkan bagi membuktikan firma Malaysia mampu bersaing dengan firma perunding antarabangsa yang mempunyai reputasi besar untuk mendapatkan tugasan penting.

“Malaysia tidak pernah kekurangan bakat.

“Namun, terlalu ramai bakat terbaik negara membina kerjaya di luar negara manakala terlalu banyak tugasan penting diberikan kepada jenama global kerana faktor kebiasaan, bukan berdasarkan merit,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata Flowstate mengamalkan model berasaskan rakan kongsi, dengan individu yang memulakan sesuatu tugasan akan kekal…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version