
IPOH: Siasatan awal pihak polis mendapati bom petrol dilempar ke sebuah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, dekat Bidor dipercayai dilakukan seorang lelaki menaiki kereta, awal pagi tadi.
Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri, berkata semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai tersebut mendapati, sebuah kereta berwarna gelap mempunyai pelekat warna merah ‘Lalamove’, telah berhenti di tepi jalan kira-kira 5.35 pagi.
“Satu lelaki (suspek) telah turun daripada kereta tersebut dan membaling sesuatu dipercayai botol kaca berisi minyak tanah ke dalam kedai, lalu terus beredar dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Yusri dilaporkan berkata kejadian disedari oleh kakitangan kedai serbaneka terbabit dan polis menerima laporan daripada pengadu yang juga wanita warga tempatan, berhubung kejadian pada 8.49 pagi.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: